Aaron Aziz Mengalami Jangkitan Paru-Paru


Mengalami demam panas sejak hari Jumaat lepas, Aaron Aziz kini ditahan di hospital selepas doktor mengesahkan beliau terkena jangkitan paru-paru ataupun Pneumonia.

Menurut Diyana Halik iaitu isteri Aaaron, pelakon itu mula mendapatkan rawatan di hospital pada hari Selasa lepas. Sebelum ini, Aaron masih lagi meneruskan penggambaran  meskipun keadaan beliau pada waktu itu sudah agak teruk.
Walaupun demam, suami masih meneruskan penggambaran. Kemudian dia menyambung satu lagi penggambaran di Singapura pada Ahad lalu.



Selepas melihat keadaannya yang semakin teruk, saya membawanya berjumpa doktor di sana. Ketika itu suhu badannya mencecah 39 darjah Celsius. Jadi, kami terus pulang ke Kuala Lumpur
Namun, keadaan Aaron sudah semakin stabil selepas diberikan antibiotik dan dalam masa yang sama  doktor mengesahkan pelakon tersebut bebas dari sebarang penyakit lain selepas melakukan X-Ray.

Insya Allah, jika keadaan suami beransur pulih, dia dibenarkan keluar hari ini. Syukur juga apabila doktor mengesahkan suami bebas dari sebarang penyakit lain selepas menjalani ujian imbasan x-ray.
Semoga Aaron Aziz cepat sembuh. Ambil masa untuk rehat secukupnya  dan jangan lupa untuk terus menjaga kesihatan selepas ini.


0 Response to "Aaron Aziz Mengalami Jangkitan Paru-Paru"

Post a Comment