Datin Ezurin


Aku malaih nak argue bab tu... Semua orang ada pendapat masing-masing...

Tapi bukan mudah menjadi wanita ini for sure... Aku pernah sembang dengan seorang kenalan yang kenal rapat dengan Ezurin Khyra, katanya wanita ini sangat low profile... Gila-gila... Tapi despite of her appearance yang very the Hollywood, dia seorang yang very tradisional dalam bab-bab menjaga suami dan anak-anak... From top to bottom perihal anak dan suami, dia jaga semua perihalnya... Sebab itu, kalau jumpa anak-anak dia, pasti mereka akan meluru untuk bersalaman dengan tetamu tanda hormat... Anak kau ada mampu buat macam tu Senah?

Terlopong juga aku mendengar pengkisahan sahabat aku tentang bagaimana Datin Ezurin ni punya mewah dan kaya nak mampus... Sebagai manusia dintis macam aku, terusik rasa dihati ini untuk merasa jeles pada beliau... Katanya, Stella McCartney buat private and personal fashion show just for her... Gila nak mampus... Kau ada?

Sebelum aku akhiri coretan ringkas tentang Datin Ezurin Tunku Ya'acob, satu sahaja aku nak bagi peringatan kat ampa semua... Kita ni janganla duk jadi naif sangat... Ternyata dah ramai orang Malaysia, tidak kira agama ataupun bangsa memang hidup dalam cara ini... Double life? Berpura-pura? Kebaratan? Atau apa sahaja term yang ampa boleh pakai... Tak kisah... Di depan media tempatan mereka ringkas berkurung modern dengan selendang ringan di kepala, belakang media? Depa sama-sama beraksi tunjuk lurah dengan para tetamu sambil menghirup seteguk wine...

Tak payah pi jauh-jauh, bukan sahaja dalam kalangan selebriti tempatan, para pemimpin dan orang-orang politik pun sama jugak... Yang duk kena tipu kat sini, kitalah... Sebab kita yang duk HENDAK sangat kesempurnaan agama dan akhlak, sedangkan kita lupa, kita semua tetap maknusia... Tu yang duk mai imej-imej pelasu ni semua...




0 Response to "Datin Ezurin"

Post a Comment